PERUTUSAN PENGERUSI KELAB



Perutusan Y.Bhg. Puan Pengerusi Kelab


Sahabat-sahabat yang dihormati.....


Terlebih dahulu bagi pihak KKS LPHS, saya mengucapkan terima kasih di atas komitmen semua AJK dan sokongan ahli dalam memastikan KKS LPHS terus bergiat aktif. Melalui aktiviti yang telah dan bakal dianjurkan, matlamat utama KKS LPHS untuk mengeratkan hubungan warga kerja kerana kesatuan yang erat merupakan tonggak sokongan kepada kejayaan LPHS sebagai organisasi yang cekap. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan mahupun perkongsian ilmu melalui pengwujudan blog ini. KKS LPHS berharap supaya blog ini dijadikan sebagai platform sebaran informasi dan komunikasi yang sihat untuk dimanfaatkan oleh warga kerja LPHS

Sekian, terima kasih....


" Ukuran tubuhmu tidak penting, ukuran otakmu cukup penting,ukuran hatimu itulah yang terpenting" - oleh BC Gorbes.


Salam ukhuwah dari kami AJK KKS LPHS..... 

No comments:

Post a Comment